Friday 27 October 2017

TOP 10 THE BEST AIRLINES 2017

Menurut website Skytrack,  penerbangan negara kita berada dalam lingkungan 50 daripada 100 yang terbaik di dunia. List penuh bolehlah lawati website tu. yang mana:

Air Asia - 26
Air Asia X - 45
Malaysia Airlines - 31

Di sini saya listkan Top 10 Airlines 2017 itu tadi.

10. GARUDA AIRLINES

Kedudukan Tahun 2016: 11

Image result for garuda cabin crew

Tahun 2017, crew Garuda Airlines The World's Best Cabin Crew selama 2 tahun berturut-turut. Bagaimana yang dikatakan best tu tak dapatlah dipastikan, ada sesiapa yang pernah menaiki Garuda Airlines ni? Boleh share pengalaman anda.

9. HAINAN AIRLINES

Kedudukan Tahun 2016: 12

Image result for hainan airlines

Melonjak dari tangga 12 ke 9, syarikat dari China ini sebenarnya penerbangan bertaraf lima bintang (mesti mahal ni). Hainan juga dinobatkan sebagai The Best Airlines in China dan Best Airline Staff Service In China.

8. ETIHAD AIRWAYS

Kedudukan Tahun 2016: 6

Image result for etihad airways
Jatuh 2 tangga dari tahun sebelumnya, Etihad masih lagi unggul dalam Top 10! Dan penerbangan Arab (Etihad dari Abu Dhabi) selalunya akan membuat penerbangan serata dunia terutamanya ke benua Amerika dan Eropah! Penerbangan ini sebenarnya popular dgn business class dan first class seat. Etihad Airways juga memenangi:

World's Best First Class, Best First Class Seat,  & Best First Class Onboard Catering untuk 2 tahun berturut-turut. 

Wow!!! Ini memang menarik!!! Rasa teringin pulak nak cuba kan?? Memandangkan saya masih lagi belum merasa naik kelas yang mahal (hanya ekonomi), mungkin next flight kot? OK tunggu ko kaya dulu... tetiba T_T

7. LUFTHANSA

Kedudukan Tahun 2016: 10


Ini adalah penerbangan Eropah yang PALING BESAR. dan paling mahal (ok yang ni tambah sendiri! T_T tapi rasanya betul kowwttt). Lufthansa dinobatkan sebagai Best Airline In Europe dan Best First Class Airline Lounge Dining. OK mampu berangan je melainkan bapak kau Vincent Tan atau Robert Kuok 😇😇

6. EVA AIR

Kedudukan Tahun 2016: 8

Image result for eva air

Semakin meningkat naik, penerbangan dari Taiwan ni baru teringat selalu muncul dalam website flight booking. Logo dia tu. Dan jangan main-main, diorang menang World's Best Airline Cabin Cleanliness dan Best Business Class Comfort Amenities.

5. CATHAY PACIFIC AIRWAYS

Kedudukan Tahun 2016: 4



Ok takde anugerah untuk disebutkan, tetapi nak bagitahu ini airlines dari Hong Kong. Adehh... sampai sini masih belum lagi Airlines yang saya pernah try! Sobss

4. EMIRATES (DUBAI)

Kedudukan Tahun 2016: 1


Finally.... inilah flight yang saya pernah try tahun 2016!!! Iaitu flight ini telah membawa saya KUL-AMSTERDAM-KUL pada tahun yang sama dinobatkan sebagai The Best Airlines! Dan yang paling highlight untuk Emirates sebenarnya hiburan yang serba canggih hingga mampu memancarkan saluran TV secara Live OK! Disebabkan kelebihan itulah Emirates menang 13 tahun berturut-turut sebagai;

THE BEST ENTERTAINMENT IN FLIGHT

Bukan calang2 OK, masa ni langsung tak tahu menahu ini flight paling top dalam dunia!! Cuma yang perasan dia punya hiburan semua best... siap ada saluran TV antarabangsa... ENews... Filem... dari macam-macam negara.. rugi kalau kau tido! haha! Selain itu, makanan Emirates semua sedap, dan berkualiti. Contohnya crossaint nya lembut dan rangup di luar, kopi sedap & bila request nak kopi lagi stewardess terus je bagi siap dengan milk tanpa buat muka atau curi tulang tunggu kita mintak milk extra! 

Dan jugak... USB port dia functioned ye untuk iphone. Saya ingatkan kemudahan ni standard, kita takkan sedar betapa berharganya sesuatu perkara, apabila kita tak pernah mengalami kekurangan. On the next flight saya guna Turkish Airlines, USB port nya tak function untuk Iphone! Cuma Samsung je! (As u know Iphone Cable memang tak boleh simply match dengan different port atau plug, memang kena beli khas Iphone punya, memang agak leceh). 

3. ALL NIPPON AIRWAYS (ANA)

Kedudukan Tahun 2016: 5

Image result for all nippon airways seat

Memenangi award World's Best Airport Service dan Best Airline Staff Service in Asia, ini adalah penerbangan yang terkenal dengan tahap kebersihan dan keselamatan yang tip top. Kerusi penumpang boleh melunjur ke depan yang memberikan keselesaan dan privacy untuk penumpangnya. 

2. SINGAPORE AIRLINES

Kedudukan Tahun 2016: 3

Image result for singapore airlines

Terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia, Singapore naik dari kedudukan tahun sebelumnya. Walaupun kelas ekonomi, tetap mempunyai TV peribadi untuk penumpang kelas tersebut. Trofi yang dimenangi: 

Best Business Class Airline Seat, Best Premium Economy Catering, dan Best Airline in Asia.

OK, kalau banyak duit bolehlah amik flight ni (bilalah nak merasa...?)

1. QATAR AIRWAYS

Kedudukan Tahun 2016: 1

Image result for qatar airways

Terbang ke 150 destinasi, Qatar yang berpangakalan di Doha memenangi:

Best Airline In The Middle East, Worlds';s Best Business Class, dan Best First Class Airlines Lounge

OK amacam... rasa macam nak sesangat try at least Top 3 ni kan! Dalam Top 10 ni at least merasa jugak saya mencuba Emirates! Yang jadi juara tahun lepas! Memang best dan saya menyimpan impian untuk mencuba flight yang lain pula di masa akan datang... (amboi perasan kaya... sila sedar diri)

Camane pulak dengan korang... any suggestion untuk dapatkan BEST OFFER??


Betul ke Avril Lavigne Dah Mati??

Siapa tak kenal Avril Lavigne?? Penyanyi yang popular dengan lagu "Girlfriend", "When You're Gone" dan banyak lagilah lagu-lagu hit masa saya masih lagi belajar di universiti dahulu dalam 13-15 tahun yang lampau. Avril Lavigne bagi saya adalah artis wanita yang understatement since dia sangat berbakat besar, berwajah cantik tetapi disebabkan genre muzik nya yang berbeza dari wanita lain (punk) jadi dia agak diketepikan media kerana mereka lebih tertumpu kepada penyanyi yang girlish sahaja kalau dahulu liputan lebih pada Lindsay Lohan, Hilary Duff dll

Avril Lavigne penyanyi metal punk berasal dari Canada dan berwajah cantik seperti barbie

Kejelitaan Avril Lavigne adalah pakej lengkap kepada bakat nyanyian yang luar biasa

Tetiba baru-baru ni... saya terkejut dengan khabar angin di internet (Twitter) bahawa AVRIL LAVIGNE SEBENARNYA TELAH MATI, MEMBUNUH DIRI DAN PIHAK PENGURUSAN DIAM-DIAM TELAH MENGGANTIKAN DENGAN WANITA BERWAJAH SEIRAS, MELISSA VENDELLA

Media barat melaporkan Melissa Vendella memiliki fizikal yang sedikit berbeza dari Avril iaitu sedikit berisi, lebih tinggi 3 cm, memiliki rambut blonde sedangkan Avril berambut Brunette, dll yang korang boleh check dalam youtube iaitu kalau sekali imbas, hampir tiada perbezaan. Memag macam kembar!

Terus-terang Masreena cakap.. saya agak sedih dan terkejut dengan khabar angin ni. Sayanglah orang secantik dan berbakat hebat macam Avril mati membunuh diri.. apa pihak pengurusan dia buat masa tu?? Takkanlah Avril tak menunjukkan simptom-simptom depression sebelum tu?? Berita konspirasi ni membuatkan aku mula membuka youtube dan goggle untuk mencari sejauh mana kebenaran cerita ni. 

Beberapa bukti kuat juga menunjukkan bahawa memang wujudnya "double stand" Avril terutamanya ketika persembahan pentas, jika Avril tidak sihat atau tertekan. Avril mempunyai vokal yang hebat dan terdapat beberapa bukti dalam youtube bahawa "Fake Avril" tidak mampu menyanyikan lagu-lagu Avril dengan 'key' tinggi.


Media juga melaporkan bahawa kewujudan Melissa telah lama ada kerana pihak pengurusan Avril Lavigne mencari wanita berwajah seiras bagi menggantikan Avril terutamanya ketika di tempat awam dan sesi fotografi dengan media. Melissa Vendella juga telah dilatih menyanyi dengan cara yang sama oleh Avril sendiri supaya perubahan mereka tidak dapat dikesan oleh peminat & media. Wow!

Image result for avril lavigne hangout with melissa
Ini adalah gambar bukti yang aku jumpa di internet, di mana kedua-duanya hang out together dan kemudiannya Avril dikatakan membunuh diri selepas depress atas kematian datuknya
Selepas kematian Avril, pihak pengurusan juga telah mengubah penampilan Avril daripada berimej "punk" kepada pop yang mana lebih sesuai dengan Avril yang baharu (lebih feminin) supaya Melissa Vendella lebih selesa hidup sebagai Avril.


Peminat Avril di Brazil mula mempercayai konspirasi ini sejak ia tersebar pada tahun 2005 (ye ke? masa ni Avril tengah top lagi dengan lagu "Girlfriend" tu) ketika Avril menghasilkan lagu "Under My Skin". Lirik lagu tersebut adalah luahan hati Avril yang menunjukkan Avril tertekan dan sedih. Teori commit suicide of Avril ini berlaku semasa nama Avril masih top dan oleh kerana tidak mahu kerugian besar (album Under My Skin baru sahaja dilancarkan ketika itu) maka pihak pengurusan mendapat idea menggantikan Melissa sebagai Avril dan berkekalan sehingga hari ini.

Camane korang percaya tak dengan konspirasi ni? 



Tuesday 3 October 2017

Keukenhof, Lisse, Netherlands



"Welcome abroad Aida.. the world awaits"

Syukurlah dah sampai Netherlands. Sampai agak malam jugak lah di Schipol Airport, hampir 24 jam dalam kapal terbang Emirates dengan transit di Dubai International Airport. Tak sangka makanan Emirates semuanya sedap... banyak pulak tu. I siap masukkan cheddar, roti & butter dalam handbag sebab tak habis. Sayang kalau buang.

Untuk malam pertama di Amsterdam agak menyesal lah jugak sebab booking hotel jauh. Tak pasal-pasal rugi deposit hotel sebab batalkan tempahan bilik... Belum papehal dah rugi hari pertama T_T

Kononnya nak dekat Keukenhof untuk besoknya.. tapi sudahnya dah malam. jangan lupa TRAIN & BUS would be finished by 12 am ye - please take note this. Check flight tu touch down pukul brape, kalau sampai pukul 9 ke atas dan tempatnya jauh atau perlukan tukar beberapa public transport, lupakan je. Better stay di airport. Or siap-siap booking hotel bersebelahan atau walking distance dengan airport. 

I advice kalau you sampai musim Keukenhof, jadikan Keukenhof tu itirenary pertama utk korang sebab... ada shuttle bas direct dari Schipol Airport. Kalau flight korang touch down pagi, terus gosok gigi di toilet dan gerak ke Keukenhof hehe... seriously

Camane dari Schipol Airport terus ke Keukenhof dengan luggage besar-besar ni?

Subhanallah.. nak tahu tak Schipol Airport ni airport yang sangat user friendly. Ada locker dan luggage storage, just follow the signage. Over the counter would be €7 for every  luggage 24 hours. Bukan ikut jam ye... maknanya kalau sekejap sangat u all letak dalam beberapa jam, still di charge €7. For luggage in the locker, you need a credit card and would be the same price, but if the locker still have space, u can put some more. 

So plan your time... kalau hotel dekat, tinggalkan sahaja luggage di hotel. Would be have charges but in minimum rate (i think so.. everything in airport usually is more pricey).

Ok Keukenhof... in Schipol Airport ada kaunter entrance fee for Keukenhof but shuttle bas fare is different ticket. Tiket Keukenhof aku dah beli awal lagi secara online dari Malaysia, would be cheaper if you buy earlier and online. Link: https://www.keukenhof.nl/en/
For bus i not purchase online. Over the counter 10 for return bus fare. Once you satisfied you just can go back anytime by shuttle bus.


So sampailah kita.... Keukenhof!!


At entrance


Awesome !!!! 




Tempat yang sangat besar dan penuh dengan bunga-bungaan... 


Cantik gilerr kan.. Love itt






 



Nak tahu tak camane iols snap pic ni... iols guna monopod dan remote control yang connect dengan bluetooth ke handphone. 










Amacam... cantik kan... selepas 3 jam berposing sakan sambil baring-baring atas rumput... iols pun nak beredar. Puas sangat dapat menunaikan impian di hati. Then iols pun rasa nak gerak dan cari hotel. Letih tidur di airport.. bahaya pun iye juga. bukannya lena pun, tidur atas kerusi je kan.. sudahnya, melantak di Starbucks

Masa nak cari bus stop is simple. Just ask away the staffs there, they'll help you since you already pay for Keukenhof right.

Dah sampai Schipol Airport semula I teruskan pula mencari destinasi seterusnya iaitu Hostel Shelter City. Tak sabar nak tidur, nak remove make-up dan mandi.

TBC





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...