Friday 27 October 2017

Betul ke Avril Lavigne Dah Mati??

Siapa tak kenal Avril Lavigne?? Penyanyi yang popular dengan lagu "Girlfriend", "When You're Gone" dan banyak lagilah lagu-lagu hit masa saya masih lagi belajar di universiti dahulu dalam 13-15 tahun yang lampau. Avril Lavigne bagi saya adalah artis wanita yang understatement since dia sangat berbakat besar, berwajah cantik tetapi disebabkan genre muzik nya yang berbeza dari wanita lain (punk) jadi dia agak diketepikan media kerana mereka lebih tertumpu kepada penyanyi yang girlish sahaja kalau dahulu liputan lebih pada Lindsay Lohan, Hilary Duff dll

Avril Lavigne penyanyi metal punk berasal dari Canada dan berwajah cantik seperti barbie

Kejelitaan Avril Lavigne adalah pakej lengkap kepada bakat nyanyian yang luar biasa

Tetiba baru-baru ni... saya terkejut dengan khabar angin di internet (Twitter) bahawa AVRIL LAVIGNE SEBENARNYA TELAH MATI, MEMBUNUH DIRI DAN PIHAK PENGURUSAN DIAM-DIAM TELAH MENGGANTIKAN DENGAN WANITA BERWAJAH SEIRAS, MELISSA VENDELLA

Media barat melaporkan Melissa Vendella memiliki fizikal yang sedikit berbeza dari Avril iaitu sedikit berisi, lebih tinggi 3 cm, memiliki rambut blonde sedangkan Avril berambut Brunette, dll yang korang boleh check dalam youtube iaitu kalau sekali imbas, hampir tiada perbezaan. Memag macam kembar!

Terus-terang Masreena cakap.. saya agak sedih dan terkejut dengan khabar angin ni. Sayanglah orang secantik dan berbakat hebat macam Avril mati membunuh diri.. apa pihak pengurusan dia buat masa tu?? Takkanlah Avril tak menunjukkan simptom-simptom depression sebelum tu?? Berita konspirasi ni membuatkan aku mula membuka youtube dan goggle untuk mencari sejauh mana kebenaran cerita ni. 

Beberapa bukti kuat juga menunjukkan bahawa memang wujudnya "double stand" Avril terutamanya ketika persembahan pentas, jika Avril tidak sihat atau tertekan. Avril mempunyai vokal yang hebat dan terdapat beberapa bukti dalam youtube bahawa "Fake Avril" tidak mampu menyanyikan lagu-lagu Avril dengan 'key' tinggi.


Media juga melaporkan bahawa kewujudan Melissa telah lama ada kerana pihak pengurusan Avril Lavigne mencari wanita berwajah seiras bagi menggantikan Avril terutamanya ketika di tempat awam dan sesi fotografi dengan media. Melissa Vendella juga telah dilatih menyanyi dengan cara yang sama oleh Avril sendiri supaya perubahan mereka tidak dapat dikesan oleh peminat & media. Wow!

Image result for avril lavigne hangout with melissa
Ini adalah gambar bukti yang aku jumpa di internet, di mana kedua-duanya hang out together dan kemudiannya Avril dikatakan membunuh diri selepas depress atas kematian datuknya
Selepas kematian Avril, pihak pengurusan juga telah mengubah penampilan Avril daripada berimej "punk" kepada pop yang mana lebih sesuai dengan Avril yang baharu (lebih feminin) supaya Melissa Vendella lebih selesa hidup sebagai Avril.


Peminat Avril di Brazil mula mempercayai konspirasi ini sejak ia tersebar pada tahun 2005 (ye ke? masa ni Avril tengah top lagi dengan lagu "Girlfriend" tu) ketika Avril menghasilkan lagu "Under My Skin". Lirik lagu tersebut adalah luahan hati Avril yang menunjukkan Avril tertekan dan sedih. Teori commit suicide of Avril ini berlaku semasa nama Avril masih top dan oleh kerana tidak mahu kerugian besar (album Under My Skin baru sahaja dilancarkan ketika itu) maka pihak pengurusan mendapat idea menggantikan Melissa sebagai Avril dan berkekalan sehingga hari ini.

Camane korang percaya tak dengan konspirasi ni? 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...