Tuesday 27 February 2018

EDISI SIASAT: Betul Ke Avril Lavigne Dah RIP?? Sedihnya Lahh T_T

Avril Lavigne - the most beautiful Canadian singer
Ingat lagi tak berita konspirasi bahawa Avril yang tulen telah meninggal dunia? Semenjak aku baca teori konspirasi tu, aku macam susah giler kott nak tidur! Walaupun bukanlah Masreena ini seorang peminat tegar artis Hollywood, rasa sedih dan kecewa terhadap berita kematian seseorang apatah lagi zaman universiti dahulu membesar dengan wajah & suara lantang Avril Lavigne, sudah pastilah membuatkan aku bersedih :(

Nampak hampir sahih :(

Keadaan bertambah buruk apabila aku cari instagram Avril bagi mendapatkan kebenaran, malangnya peminat-peminatnya sendiri pun komen di IG beliau " RIP " yang bermaksud Rest In Peace (untuk orang Bukan Islam yang telah meninggal dunia). Kalau Islam kan Al-Fatihah.

Instagram Avril Lavigne
Malahan ada peminat bergaduh mempertahankan pendapat masing-masing sampaikan aku jadi goyang dengan pendapat aku sendiri selepas membaca komen-komen tersebut (aku agak percaya pada mulanya selepas tengok video nyanyian Melissa). Ada juga yang komen 

"Avril was dead 13 years ago"

.... my God! *_*

Separuh dari fan of Avril mempercayai konspirasi bahawa Avril telah mati dan diganti dengan Melissa... tak percaya ko pergi komen di IG Avril... nescaya akan berduyun-duyunlah peminat seluruh dunia yang akan bagitahu ko... samaada diorang percaya atau tak & kenapa! Aku dah try memang menjadik!

Antara komen peminat yang bergaduh di IG Avril

Hampir setiap kali ada gambar penuh wajah Avril, komen yang dibaca pastinya pertengkaran antara peminat-peminat dalam tu ada yang tidak bersetuju dengan cosnpiracy tersebut. 3 minggu gak la masa aku dihabiskan menonton video-video Avril... sedih punya pasal T_T

Jadi untuk menawar hati aku yang terluka tu... aku cubalah CSI dan baca di internet untuk dapatkan maklumat tu betul ke tak. Menurut konspirasi tersebut, AVRIL LAVIGNE COMMIT SUICIDE JUST RIGHT AFTER SHE RELEASED HER SECOND ALBUM. Kalau macam tu, boleh agak tahun bila Avril dikatakan membunuh diri tu.

Jom tengok Wikipedia. Kita siasat ikut cara reverse engineering.

Dah dapat!
Jom Aku listkan

First Album: Let Go  released at 2002
-lagu contoh seperti Let Go, Skater Boy, Mobile

Second Album: Under My Skin released at 2004
- lagu hit Nobody's Home, My Happy Ending, Don't Tell Me

Third Album: The Best Damn Thing released at 2007
- Hit song like Girlfriend, When Your'e Gone, Keep Holding On

Fourth Album: Goodbye Lullaby released at 2011

Fitfh Album: Avril Lavigne at 2013

Sampai ke list album ketiga tu aku adalah whatttt??? Maknanya zaman aku dah kenal lagu Avril di corong-corong radio masa di UPM (2007) dulu tu dia adalah Melissa Vendella sebenarnya?? Yang terkinja-kinja nyanyi lagu Girlfriend yang meletop kami tengok di TV tu...  sebenarnya adalah Melissa Vendella??

So masa ni lah... aku dah mula percaya konspirasi ni. Nampak tak??

Rasa macam mimpi sekejap... pastu, aku mula tengok balik video-video klip album pertama dan bandingkan dengan album kedua (sebab Avril dikhabarkan meninggal sebelum sempat album kedua dilancarkan) jadi maknanya nyanyian live lagu-lagu dari album pertama dan kedua, aku tengok dan bandingkan... telek segala jenis rambut mata suara gaya Avril dan semualah! haha... gigih betul! demi sebuah kebenaran, why not?

Skater Boy from First Album

When You're Gone from third album, I can't belived how come she actually Melissa Vendella (different person)

Avril Lavigne in Japan 2014 

Tapi pastu cepat-cepat aku tepis atas sebab yang kuat:

1 - Setiap kali ada tour concert ke negara lain di dunia, contohnya Eropah atau Japan, mesti akan melepasi tapisan imigresen malahan jika ada permohonan visa, takkanlah takde mana-mana sumber dalaman yang boleh sahkan bahawa pemegang passport tu bernama Melissa Vendella yang berwajah seiras Avril kan?? Betul tak? Mestilah setiap kali ada konsert artis antarabangsa semua orang akan teruja, takkanlah berpuluh-puluh staff imigresen atau kedutaan takde sorang pun tak excited dengan Avril? Jadi itu satu petunjuk...kalau betul itu Melissa Vendella dah lama ada dilaporkan di media ataupun komen-komen di Youtube / Instagram... government officer is just a human

2 - Takkanlah semasa kematian Avril yang lepas takde acara pengebumian dan sudah pastilah akan dapat dihidu oleh paparazzi kan? knowing their paparazzi camane

3 - Camane pulak dengan ahli keluarga Avril Lavigne? Malahan Melissa pun? Aku masih percaya kewujudan Melissa sebagai double stand Avril tu, berdasarkan bukti-bukti video terutamanya ketinggian Avril, ada aku pernah terjumpa video/pic Avril berdiri dengan lelaki yang sama, tapi tiba-tiba Avril lagi pendek berbanding sebelumnya. Aku percaya Avril mungkin masih hidup seperti biasa cuma kadang kala dia pernah menggunakan double stand (Melissa) untuk gantikan dia kalau tak sihat atau untuk sesi fotografi je.

What say you? Still don't have any confirmation yet either denial from Avril's family or any documented evidence! :'(

Aku siap cakap dengan adik aku. Since aku 'kenal' Avril since lagu girlfriend yang mana dia adalah Melissa sebenarnya, andainya konspirasi ni betul maka aku redha.. sebab aku tahu kewujudan Melissa hakikatnya. Bukan Avril.

Cuma peminat-peminat Avril dari lagu Skater Boy yang hurt feeling, kerana insan yang diminati telah 'bertukar' dan bukan lagi yang asal.

Jumpa lagi dengan penemuan baru (soon)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...