Sunday 6 May 2018

FILM: Avengers Infinity War [No Spoiler]

Infinity War happened in 2 different places: Wakanda & Planet Titan. Infinity War adalah inspired dari komik Amerika: Marvel

Setelah 10 tahun mengikuti siri-siri Marvel iaitu bermula dengan Iron Man, Captain America: The First Avengers, Thor, Dr Strange, Black Panther dan seterusnya gabungan semua superhore dalam satu movie iaitu Avengers

1. Marvel The Avengers
2. The Avengers 2: Age Of Ultron
3. The Avengers 3: Infinity War (sedang ditayangkan)

Cerita Infinity War adalah kemuncak untuk semua sequel. 

Btw even Infinity War boleh berdiri sendiri, namun lebih baik korang khatam kan semua siri-siri hero sebelumnya especially bermula dengan Captain America: The First Anvengers kerana itu adalah Tesseract yang pertama (ingatkan kenapa tesseract tu jadi rebutan, rupa-rupanya ia boleh berubah menjadi infinity stone). Dulu aku start tengok Captain America sebab tertarik dengan cerita spy... last-last movie Marvel berkembang ke arah kuasa universal

Apa itu Infinity Stone?

The six of immensely powerful fictional gems - 6 biji batu yang mempunyai kuasa tersendiri yang mana kalau digabungkan semuanya sekali boleh menghasilkan kuasa di luar jangkaan.


Tapi dalam cerita ni, Thanos banyak menggunakan Power Stone berbanding yang lain:

1. Power Stone (Planet Xandar) - dapat di Xandar/Nova Corp. Gunakan pada kebanyakan masa spt berlawan dgn Thor, Hulk, Loki, Heimdall, hancurkan spaceship Asgardians, hancurkan bulan & tarik bulan as a weapon.

2. Space Stone - dapat dari loki. Thanos pergi ke mana-mana sahaja guna space stone iaitu dari spaceship Asgardian, spaceship sendiri, Vomir, Titan, Knowhere akhir sekali ke bumi.

3. Reality Stone (The Collector, Planet Knowhere)- digunakan masa lawan dengan GOTG di Knowhere yg mana pistol Starlord, pisau Gamora bertukar menjadi buih, Thanos fake dibunuh oleh Gamora

4. Soul Stone (dapat di Planet Vomir) - Thanos tetap boleh hidup selepas diserang Thor di jantung

5. Time Stone (Dr Srange) -Thanos gunakan utk reverse time balik untuk hidupkan Vision

6. Mind Stone (akhir sekali dapat dari Vision) - Thanos belum sempat guna yang ni, sebab terus kena serang dengan Thor

Kenapa korang kena maraton movie-movie sebelum ni... sebab ada reason kenapa Red Skull wujud di Vomir, kerana semasa Captain America: The First Avengers, iaitu zaman 80 tahun yang lepas semasa perang dunia kedua, CA telah gunakan tesseract (Soul Stone) utk bukak pintu galaxy dan Red Skull tersedut masuk ke angkasa lepas. Kemudiannya pesawat terhempas dan CA terbenam dalam ais selama 70 tahun lamanya.

Reason kenapa dari awal lagi Dr Strange tak tahan pertempuran antara Iron Man & GOTG between Thanos  (di Titan) sedangkan dia dah predict akan kekalahan diorang? kena tengok movie Dr Strange semula dan catch up dialog The Ancient One pada Dr Strange bahawa pantang terbesar adalah to predict the future, kerana ia akan mengubah semula kebarangkalian berlaku pada masa depan. Dr Strange dah langgar pantang tersebut

Tujuan Thanos nak kumpul semua infinity stones kerana dia nak mencegah overpopulation yg kononnya boleh memberi kebahagiaan manusia sejagat pada populasi yang tinggal. Problemnya, ia akan wipe out randomly tanpa mengira darjat, kaya atau miskin, erkk.... Fair ke macam tu? Killed innocent people! Don't copy that ye!

Jadi bila ada wipe out, maka akan ada avengers yang mati. Kalau nak tahu siapa yang mati, silalah tengok ye... hahaha... no spoiler at all... bagi info tentang Infinity Stone je dalam ni. Di jamin tak boring

Minggu pertama tayangan telah mengutip 21 billion US Dollar ye! kutipan tertinggi dalam sejarah setakat ni. Wow!!! Aku suka Marvel The Avengers sebab takde scene tayang badan perempuan dalam filem-filem yg lain macam The Fantastic Four tu. Marvel telah membuktikan bahawa filem mereka boleh berjaya tanpa manipulasi wanita sebagai sexual attraction... have a nice weekend!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...